about us

Bismillahirahmanirahim, 

Penubuhan biskutraya2u dot my dimulai secara santai-santai dengan jualan pada kenalan-kenalan terdekat dan rapat. Permulaan nya Kuih Raya (KR) hanyalah mengunakan medium facebook, alhamdulillah kini tahun 2013 sudah memiliki website secara rasminya (www.biskutraya2u.my). Pihak kami berasa berbangga dan berterima kasih pada semua penyokong-penyokong kami iaitu pelanggan setia yang sering memberi galakan untuk kami menyumbangkan khidmat pada anda semua.

Berkat doa dan tekat usaha kini perniagaan keluarga kami makin berkembang maju. Perniagaan keluarga ini hanya bermula dari dapur rumah. dan kini berpindah beroperasi ke ruang yg lebih luas dan selesa. Atas permintaan yang kian bertambah.

Matlamat penghasilan perniagaan Kuih Raya ini bagi memberi yang terbaik buat pelanggan kuih raya kami. Dengan menyediakan kuih raya yang sedap dan berkualiti disamping tahan lama. Tentu sekali bahan-bahan yang digunakan HALAL dan patuh syariah. Moga keberkatan itu hadir dalam melaksanakan ibadah fardhu kifayah untuk ummah.

VISI kami untuk memasarkan produk Kuih Raya bukan sahaja diperingkat dalam negara Malaysia khususnya. Tetapi moga dapat juga memasuki pasaran global aiitu antarabangsa. Dalam menyediakan khidmat makanan tradisional kepersada dunia. Amin.....
 

ADDITIONAL INFO

  • Terms & Conditions
  • Frequently Asked Questions
  • Testimonials
  • Order Now



  • SKYFEEL NETWORK (SA0174263-D)
    LOT 573, JLN SELAMAT, LRG HJ HAMID 2,
    KG SG UDANG, 41250 KLANG, SELANGOR D.E
    Tel: 012 706 1802
    Email: biskutraya2u@gmail.com

    Twitter Updates

    Facebook